Laporan Misi Gaza

15/6/10 Kaherah, Misi Bantuan Kemanusiaan Yayasan Amal ke Gaza masih lagi menunggu pengesahan dan kebenaran serta sokongan daripada Kedutaan Besar Malaysia di sini. Sehingga sekarang, kami masih lagi menunggu perkembangan daripada pihak kedutaan.

Menurut ketua Kumpulan Bantuan, Yb Dr Abdul Rani esok 16/6/10 Rabu, pada jam 10 pagi, kumpulan kami akan mengadakan pertemuan dengan En Saiful Anuar Mohammad, Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Malaysia di Kaherah bagi membincangan apakah bentuk bantuan yang boleh diberikan oleh pihak Kedutaan bagi melicinkan perjalanan Rombongan Yayasan Amal ke Gaza.

Manakala pada jam 1 tghr, Rombongan Amal akan mengadakan pula perjumpaan dan perbincangan bersama Egyption Red Crescent untuk melihat sejauh mana pihak mereka dapat membantu Rombongan untuk masuk ke Gaza. Setakat ini, masih belum ada ahli daripada Sukarelawan mana-mana NGO yang berjaya masuk ke Gaza malahan ada yang telah dihantar pulang. Arahan yang diberikan oleh Kementerian Luar Mesir, pihak-pihak NGO yang ingin menghantar bantuan ke Gaza hanya dibenarkan menghantar bantuan melalui Egyption Red Crescent sahaja.

"Rombongan meminta semua rakyat Malaysia mendoakan semoga Misi ini akan berjaya dimana pihak Kementerian Luar Mesir akan membenarkan rombongan kami masuk dan menghantar bantuan kepada penduduk Islam Palestin di Gaza", kata Yb Dr Rani.

Comment

THERE ARE 0 COMMENTS FOR THIS POST

Post a Comment