Wanita Dalam Peristiwa Mikraj


KEADAAN WANITA DI DALAM NERAKA YANG DILIHAT RASULULLAH S.A.W PADA MALAM MIKRAJ BAGINDA.

Sabda Rasulullah s.a.w:

1. Wanita yang tergantung dengan rambutnya kerana sesungguhnya ia tidak mahu menutup
rambutnya daripada lelaki lain selain muhramnya memandangnya.
2.
Wanita yang tergantung lidahnya dan air panas dituangkan ke dalam lehernya itu
sesungguhnya ia menyakiti hati suaminya.
3.
Wanita yang tergantung dua susunya itu kerana sesungguhnya ia memberi susunya tanpa izin
suaminya.
4.
Wanita yang tergantung dua kakinya di dalam kerongkong api neraka, kerana sesungguhnya
ia keluar daripada rumah tanpa izin suaminya.
5.
Wanita yang tergantung dan memakan tubuhnya dan api neraka dinyala-nyalakn dari pihak
bawahnya maka sesungguhnya ia menghiasi tubuhnya kerana orang lain dan tidak menghias
kerana suaminya.
6.
Wanita yang tergantung dengan dua kakinya yang tertambat kepada kedua susunya dan
bertambat kepada ubun-ubunnya dan terus dijadikan kepadanya bebrapa ekor ular dna kala
jengking yang memakan dagingnya dan meminum darahnya bahawa sesungguhnya ia ketika
di dunia tidak mahu bersuci badannya dan tidak mahu mandi daripada junub dan haid, atau
nifas dan meringan-ringankan solat



KEAZABAN WANITA DI DALAM NERAKA YANG DILIHAT OLEH RASULULLAH S.A.W PADA MALAM MIKRAJ BAGINDA.



7.
Wanita yang tergantung hal keadaanya buta dan tuli dan kelu yang ada ia di dalam
kerongkongnya daripada api neraka maka sesungguhnya dia melakukan zina sehingga ia
melahirkan anak zina.
8.
Wanita yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya seperti badan himar, sesungguhnya
ia adalah sangat mengadu-ngadu lagi amat berdusta.
9.
Wanita yang seperti rupa anjing dan api masuk ke dalam mulutnya dan keluar melalui
duburnya, maka sesungguhnya ia sangat membangkit akan manusia lagi banyak dengki
berdengki.



Comment

THERE ARE 0 COMMENTS FOR THIS POST

Post a Comment