1. APA ITU ISA?

* Akta Keselamatan Dalam Negeri atau Internal Security Act 1960 (ISA) merupakan sebuah undang-undang penahanan pencegahan yang berkuatkuasa di Malaysia.
* Sebarang individu boleh ditahan oleh pihak polis sehingga 60 hari tanpa sebarang perbicaraan berdasarkan pertuduhan melakukan tindakan yang diandaikan mengancam keselamatan negara.
* Setelah tamat tempoh 60 hari, individu tersebut boleh terus ditahan selama dua tahun sepanjang suatu tempoh bergantung kepada arahan Menteri Dalam Negeri, yakni membolehkan penahanan tanpa perbicaraan tersebut berlanjutan terus-menerus.
* Pada tahun 1989, pindaan terhadap akta tersebut telah menggariskan bahawa keputusan serta kuasa Menteri di bawah akta tersebut adalah bebas dari kajian semula kehakiman. Kini, mahkamah cuma ‘dibenarkan’ meneliti dan mengkaji semula persoalan tentang pematuhan apa-apa kehendak tatacara dalam Akta tersebut yang mentadbir tindakan atau keputusan Menteri.


2. BILA ISA DIWARTAKAN SEBAGAI UNDANG-UNDANG?

* Sebelum ISA, Ordinan Darurat 1948 – 1960 telah diisytiharkan oleh pihak British bagi menangani pemberontakan komunis
* ISA berkuatkuasa pada 1 Ogos 1960


3. KENAPA ISA DIPERKENALKAN?

* Kerajaan Malaya telah menggubal ISA bagi menyambung Ordinan Darurat 1948 hanya untuk menangani ancaman pemberontakan komunis
* Apabila ISA diperkenalkan pada tahun 1960, Perdana Menteri tatkala itu, Tunku Abdul Rahman, timbalan beliau Tun Abdul Razak serta Menteri Dalam Negeri Tun Dr Ismail Abdul Rahman telah memberi jaminan di Parlimen bahawa akta tersebut akan digunakan secara bertanggungjawab dan hanya terhadap komunis, pengganas dan anasir subversif.
* Pemberontakan komunis telah berakhir secara rasmi pada tahun 1989 apabila Perjanjian Keamanan Haadyai ditandatangani.

Comment

THERE ARE 0 COMMENTS FOR THIS POST

Post a Comment