APAKAH SEBAB-SEBAB ISA HARUS DIMANSUHKAN?

* ISA membolehkan badan eksekutif menahan sesiapa sahaja tanpa sebarang perbicaraan di mahkamah tanpa sebarang kajian semula kehakiman terhadap keputusan menteri serta tanpa sebarang had terhadap jumlah pembaharuan arahan penahanan selama dua tahun itu.
* ISA secara jelas mencabul setiap prinsip perundangan serta kedaulatan undang-undang antarabangsa serta bercanggah dengan prinsip keadilan dan kesaksamaan.
* Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan yang digunakan bagi menguatkuasakan ISA membenarkan penggubalan undang-undang khas apabila tindakan telah diambil atau diancam oleh “mana-mana kumpulan besar orang”. Penggunaan ISA terhadap individu yang menentang tanpa keganasan terhadap kerajaan pada masa aman jelas bercanggah dan mencabul intipati yang tersurat dan tersirat dalam Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan.
* Tujuan mempertahankan kedaulatan negara boleh digunakan bagi menentang pencerobohan kuasa asing tetapi ia tidak boleh digunakan sebagai senjata terhadap rakyat kita sendiri. Wujud perbezaan jelas antara keselamatan negara berbanding keselamatan kerajaan. ISA telah seringkali digunakan bagi menjamin keselamatan kerajaan dan bukan bagi menjaga keselamatan negara.
* Secara keseluruhannya, kesan ISA adalah, badan eksekutif dibenarkan memainkan peranan penuduh, penyiasat dan juga hakim. Tidak ada sebarang kerajaan lain di dunia yang boleh membenarkan seseorang individu mempunyai kuasa mutlak sedemikian terhadap nyawa dan kebebasan individu yang lain.


9. BAGAIMANA NEGARA AKAN MENGHADAPI ANCAMAN KEGANASAN MERENTASI SEMPADAN SEKIRANYA ISA DIMANSUHKAN?

* Kerajaan boleh memperkenalkan undang-undang seperti Akta Anti-Keganasan misalannya, yang digubal untuk menangani ancaman keganasan merentasi sempadan secara spesifik. Proses-proses yang sewajarnya perlu dimasukkan dalam akta tersebut bagi menjamin hak individu terpelihara.


10. MENGAPA SAYA PERLU MENYOKONG USAHA MEMANSUHKAN ISA?

* Anda, ahli keluarga anda, rakan anda tidak dijamin ‘selamat’ atau ‘kebal’ kepada penahanan di bawah ISA
* Mana-mana pegawai polis berpangkat Inspektor dan ke atas boleh menangkap sesiapa tanpa waran dan menahan individu tersebut selama 60 hari sama ada dengan atau tanpa sebab-sebab munasabah dan hanya bersandarkan syak wasangka.
* Anda perlu mempertahankan hak demokratik anda bagi kebebasan bersuara, berhimpun secara aman serta berpersatuan seperti yang telah dijamin oleh Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan


11. SEBAGAI SEORANG RAKYAT DAN INDIVIDU, APA YANG BOLEH SAYA LAKUKAN UNTUK MEMBANTU DAN MENYOKONG GERAKAN 'NO2ISA'?

* Teliti terlebih dahulu perbincangan asas berkaitan ISA dan seterusnya berkongsi pengetahuan tersebut dengan ahli keluarga, rakan taulan, dan rakan sekerja.
* Berusaha melobi Wakil Rakyat serta Adun untuk memberi tekanan kepada kerajaan bagi memansuhkan ISA.
* Turut serta dan menyumbang kepada inisiatif yang dianjurkan oleh kelompok masyarakat umum bagi memansuhkan ISA.

Comment

THERE ARE 1 COMMENT FOR THIS POST

  1. MOHD_KHAIRYADY On April 24, 2015 at 8:49 PM

    Saya akan terangkan pd anda apa yg dimaksudkan keselamatan negara.

     

Post a Comment