Salam....
Cikgu merasa sedikit tersentuh bila membaca komen daripada Ronnie Liu di dalam Malaysiakini hari ini. Ada beberapa perkaralah yang Ronnie Liu perjelaskan .... mungkin pada hemat dan pandangan beliau adalah betul TETAPI ianya menunjukkan KELEMAHAN dirinya sendiri. Betul, beliau mungkin merujuk kepada istilah undang-undang... tapi TOLONG lah, hormati juga perasaan Pengundi Islam kawasan dia....

Ronnie Liu kena FAHAM SENTIMEN orang Islam (bukan Melayu)... Islam mengHARAMKAN segala jenis benda yang boleh memabukkan hatta kalau air tapai yang memabukkan PUN haram hukumnya.... Bahkan, macam contoh yang cikgu berikan dalam tulisan yang lepas.... campur sedikit sahaja arak dalam ramuan PUN hukumnya Haram.... YB... dalam Islam ianya dilarang untuk diminum walaupun bawah 8.8 % Kami bukan menghalang untuk dijual... tapi jual le di Kawasan orang BUKAN ISLAM.... mereka nak mabuk ke .. nak apa ke.... terpulanglah sebab hukum agama anda tidak Mengharamkannya...... Persoalannya kenapa ianya dijual di dalam kawasan MAJORITI ISLAM.... Tolonglah YB.... Jangan Hidung terlalu tinggi.... Kita dalam Pakatan Rakyat.... Bagaimana nanti PAS nak suruh orang Melayu undi Yb....KALAU inilah SIKAP YB kepada Islam!!!!!!!!......

Mengulas lebih lanjut, Liu berkata undang-undang kecil MBSA tidak melarang penjualan bir, atau pun lesen diperlukan, kecuali bagi penjualan arak (hard liquor)..

Beliau percaya pegawai MBSA atau ahli majlis mungkin salahfaham dengan Akta Eksais 1976, yang menyebut bahawa lesen minuman keras tidak diperlukan bagi menjual minuman dengan kandungan alkohol kurang daripada 8.8 peratus.

"Dalam Bahasa Malaysia, tidak terdapat terjemahan yang tepat bagi minuman keras. (Istilah) bir hanyalah terjemahan terus. Orang Islam mungkin tidak faham istilah ini. Tetapi bukan Islam dapat membezakan bir daripada arak.

YB.... Orang Islam yang tak faham atau kamu yang tak nak FAHAM.... Agama anda mungkin TAK MENGHARAMKAN..... tapi dalam Islam.... ianya dilarang.... Ini bukan berkaitan dengan ISTILAH..... Ini berkaitan dengan HUKUM.... Kamu dah duduk di Malaysia berapa lama ? Tolonglah Fahami Hati Orang Islam..... Kami tak kesah samada Orang Bukan ISlam Faham atau tak antara Bir @ Arak... sebab Agama kamu tidak mengHARAMKANNYA.... tapi Islam Mengharamkannya.... KAMU yang kena Faham Hukum Islam.... sebab kamu juga Yb kepada Orang Islam kawasan kamu.... Ingat tu....


"(Dalam istilah perundangan) bir didefinasikan sebagai 'minuman keras'. Tidak ada deskripsi yang lebih tepat (daripada itu)," kata Liu, yang bidangkuasanya sebagai exco negeri termasuk memantau perjalanan majlis daerah.


Cikgu minta lah kepada Yb DAP khususnya.... Tolong lah TUNJUKKAN sikap setiakawan ... Jangan Ego.... kami di Terengganu ni boleh bekerjasama antara PAS dan DAP... saling menghormati...... Tolonglah demi RAKYAT..... Simpanlah sebahagian daripada Ego kamu..... Siapa yang ekstream sebenarnya ????

Maaflah Cikgu pohon... tapi inikan blog Cikgu...... Ikut suka Aku.... hhahhahahaaaaa.... Jangan marah.... kalau tak nak baca.... pi tempat lain....

Comment

THERE ARE 0 COMMENTS FOR THIS POST

Post a Comment