4. APAKAH SEBAB-SEBAB YANG DIBERIKAN OLEH KERAJAAN UNTUK TERUS MENGEKALKAN ISA SELEPAS PERJANJIAN KEAMANAN 1989 TERSEBUT?

* Setiap negara perlu mempunyai undang-undang penahanan pencegahan bagi melindungi keselamatan dalam negeri
* Keselamatan dan kestabilan merupakan keperluan bagi memastikan pengembangan ekonomi. Undang-undang seperti ISA merupakan alat yang penting bagi mengekalkan keharmonian sosial, serta antara kaum dan juga agama.
* Undang-undang berbentuk pencegahan seperti ISA adalah diperlukan bagi menangani permasalahan serta konflik yang mungkin boleh tercetus dalam masyarakat berbilang etnik, agama serta budaya.
* ISA bukan hanya berkaitan penahanan pencegahan semata-mata. ISA turut merangkumi perkara seperti larangan terhadap organisasi berbentuk separa ketenteraan dan pencetakan/penerbitan subversif, larangan terhadap pergerakan anggota atau individu yang tidak diingini serta proklamasi kawasan keselamatan.
* Pada masa kini di mana keganasan merentasi sempadan merupakan sebuah ancaman, ISA diperlukan bagi melindungi kedaulatan negara.


5. BERAPA RAMAI YANG TELAH DAN MASIH DITAHAN?

* Sejak Ogos 1960, seramai 10,662 orang telah ditahan di bawah pelbagai undang-undang pencegahan.
* 4,139 orang telah ditahan di bawah ISA.
* 2,066 orang telah dikenakan sekatan terhadap kawasan bermastautin serta aktiviti harian mereka.
* 12 orang telah dijatuhkan hukuman mati bagi kesalahan di bawah ISA antara tahun 1984 hingga 1993.
* Sehingga Julai 2009, seramai 13 orang masih berada dalam tahanan.

Comment

THERE ARE 0 COMMENTS FOR THIS POST

Post a Comment