AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI 1960 (Akta 82) atau sering dirujuk sebagai Internal Security Act (ISA) adalah satu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi keselamatan dalam negeri Malaysia, tahanan pencegahan, pencegahan kegiatan subversif, penghapusan keganasan terancang terhadap orang dan harta di dalam kawasan tertentu di Malaysia, dan mengenai perkara yang bersampingan dengannya. [Semenanjung Malaysia – 1 Ogos 1960, Akta 18 tahun 1960; Sabah, Sarawak – 16 September 1963, L.N. 232/1963]

* “Bahawasanya tindakan telah diambil dan tindakan selanjutnya diancam oleh sekumpulan besar orang di dalam dan di luar Malaysia –
* untuk menyebabkan, dan untuk menyebabkan sebilangan besar warganegara takut akan, keganasan terancang terhadap orang dan harta; dan
* untuk mendapatkan perubahan, selain dengan cara yang sah, kerajaan Malaysia yang sah yang ditubuhkan menurut undang-undang;
* Dan bahawasanya tindakan yang diambil dan ancaman yang dibuat itu memudaratkan keselamatan Malaysia;
* Dan bahawasanya Parlimen berpendapat perlu diberhentikan atau dicegah tindakan itu;”

Comment

THERE ARE 0 COMMENTS FOR THIS POST

Post a Comment