Dah lama tak ceramah. Semalam Persatuan KhairunNisa menjemput aku untuk memberikan ceramah kepada 40 orang ibu tunggal di Kawasan Setiu. Dalam kesibukan yang ada apatah lagi hari ini akan ada lawatan daripada UNISEL ke Tadika Gong Badak, aku cuba yang terbaik untuk mereka kerana aku tahu itulah harapan mereka.



Aku sampai lewat sikit dalam jam 10.15 am sebab terlewat bertolak. Pulak tak pasti tempat. Apa-apa pun sambutan terhadap ceramah yang aku buat agak baik. Nampaknya mereka sangat seronok mendengar ceramah aku ( bukan ss ni ). Apa yang aku lihat, mereka sangat tabah menghadapi ujian hidup dari ALLAH, cuma mereka perlukan dorongan dan sokongan.

Semoga apa yang aku sampaikan mampu membuka minda mereka untuk keluar dari Kepongpong kemiskinan. Semoga mereka berjaya.... Ya ALLAH .... bantulah mereka....
Hari ni ada 2 program iaitu :
1. Lawatan sambil belajar Pelajar UNISEL
2. Temuramah daripada student UDM ( KUSZA )

Itulah sebahagian daripada sumbangan Pusat Tahfiz Gemilang kepada masyarakat.....

Comment

THERE ARE 0 COMMENTS FOR THIS POST

Post a Comment