Bapa Tajol... Ghazali Jawi derhaka pada Sultan Idris Shah


Mohammad Nizar Jamaluddin dan Pakatan Rakyat bukan tergila-gilakan jawatan MB yang dianggap sudah disamun secara penuh taktikal itu, tetapi mereka hanya mahu menuntut keadilan. Itu saja. Maka, penyeselaian secara berhemah dengan berpandukan kepada perlembagaan, kitab tatacara sesebuah negara hendaklah digunakan pakai.

Namun sejarah tidak dapat ditutupi. Cebisan sejarah lama juga boleh dijadikan panduan dan relevan kerana ia telah berlaku di Perak.. Pada 1974, Menteri Besar Perak ketika itu, Tan Sri Mohamad Ghazali Jawi iaitu bapa Mohd Tajol Rosli telah menderhaka pada Sultan Idris Shah yang tidak berkenan dengan perlantikan Ghazali Jawi untuk menjadi MB buat kali kedua.

Ghazali enggan melepaskan jawatan berkenaan dan kedegilan Ghazali itu menimbulkan kemurkaan Sultan Idris Shah. Tiada apa dapat dilakukan .

Pemuda Umno ketika itu memberi pandangan; “Sultan Perak mempunyai hak melantik dan berkenan seseorang memegang jawatan Menteri Besar, tetapi setelah dilantik dan diperkenankan, Sultan tidak ada hak mengikut Perlembagaan Negeri untuk memecat atau memerintahkan supaya meletakkan jawatan. Hak untuk memecat atau memerintahkan seseorang berhenti dari Menteri Besar, iala Presiden UMNO.”

Gara-gara keengganan Ghazali (foto) itu menyebabkan Sultan Idris murka dan bernazar tidak akan mencukur janggut dan jambannya selagi Ghazali tidak berhenti menjadi MB. Untuk beberapa ketika Sultan Idrsis tampil di khalayak dengan keadaan berjangut dan berjamban sebagai menzahirkan kemurkaan baginda sehinggalah Ghazali Jawi berundur menjadi Menteri Besar.

Ghazali meletakan jawatan menjadi MB Perak hanya setelah dinasihati oleh Presiden Umno ketika itu (Tun) Hussein Onn pada 1977.

Cuplikan kisah ini dipetik daripada buku biografi Tan Sri Ishak Tadin, hasil tulisan penulis veteran Perak yang juga merupakan kawan rapat kepada Sultan Idrsis Shah, sdr Mokhtar Petah dan disedut daRI blog beliau;

Comment

THERE ARE 0 COMMENTS FOR THIS POST

Post a Comment