Itulah kerisauan aku pada permulaan krisis ini berlaku. Aku antara yang sangat-sangat mempertahankan "Kedaulatan Institusi Beraja " kerana bagiku Raja adalah benteng terakhir kepada kedaulatan Islam dan Melayu.

Surat yang aku Faxkan kepada Sultan Azlan dan Raja Nazrin menjelaskan kekhuatiran aku akan " Kebangkitan Kebencian Rakyat " terhadap Institusi Beraja, terutama di Perak. Cuma harapan ianya tidak akan merebak hingga ke seluruh Malaysia.

Telahan aku tepat, daripada ribuan yang menandatangani buku tetamu Sultan Perak, boleh aku katakan 95 % mengutuk dan kecewa dengan tindakan Tuanku. UMNO bebas.... Tuanku terhina kerana kesilapan menerima nasihat daripada orang UMNO dalam istana sendiri. Jangkaan mereka " Orang Melayu " tidak akan derhaka ternyata salah.....

Tuanku masih ada ruang dan peluang untuk memperbaiki keadaan. Tuanku boleh mengarahkan untuk dibuat kajian secara mendalam kehendak Rakyat Perak. Turun sendiri ke padang dan dapatkan secara direct daripada Rakyat, apa yang mereka mahukan. Jangan sekadar mendengar kata-kata UMNO Perak.

Tuanku kena ingat, jangan terikut-ikut dengan permainan UMNO dengan menyatakan Tuanku telah berjaya menjatuhkan " Kerajaan DAP ", Tuanku silap. Tapi itulahn hakikatnya permainan UMNO, yang telah menipu Tuanku dengan menyatakan Tuanku bertanggungjawab utk menjatuhkan " Kerajaan DAP ". Salah, Tuanku berjaya menjatuhkan " Kerajaan Amanah dan tidak Korup "

Cuba Tuanku namakan mana-mana exco dalam Kerajaan Ir Nizar yang Korup kecuali yang 2 ekor katak tu ? Koruption dalam Kerajaan Tajol Rosli dulu........ panjang list yang boleh Tuanku nyatakan..... Pilihlah yang terbaik Tuanku.... Rakyat menyukai Kerajaan Ir Nizar dan Rakyat juga menyanjung Tuanku tetapi pilihan salah yang Tuanku buat menyebabkan Rakyat memilih Ir Nizar dan hilang Hormat kepada Tuanku..... Kenapa Tuanku mesti berbalah dengan Rakyat semata-mata kerana UMNO mendendangkan lagu " Selamatkan Melayu ". Apalah gunanya Melayu, sekiranya Melayulah yang menjahanamkan Melayu ????? seperti mana yang dilakukan oleh UMNO

Sambung smula lah.... nak gi meeting.....

Comment

THERE ARE 0 COMMENTS FOR THIS POST

Post a Comment