Korban sempena Aidiladha adalah satu amalan yang sangat dituntut oleh Islam terutama kepada yang mampu. Korban sepatutnya dibahagikan kepada orang fakir dan miskin serta orang yang memerlukan. Di Malaysia, kadang-kadang amalan korban dibuat dikalangan orang-orang kaya. Kadang-kadang daging korban disimpan dalam peti sejuk sampai sebulan lamanya kerana banyaknya daging yang diterima dan banyaknya lembu yang dikorbankan.

Isu lembu korban MB Selangor sebanyak 46 sangat-sangat memanggil saya untuk memberikan komen dan pandangan. Niat Dato' MB memberikan lembu korban kepada masjid-masjid dan surat-surau sangat-sangat baik, cuma cara sumber lembu tu dikatakan tak betul kerana tidak menggunakan 'duit sendiri ". Saya jadi keliru dan terus terfikir " Siapa dikalangan pemimpin UMNO (terutama yang memerintah kerajaan negeri) yang menyerahkan lembu korban dengan menggunakan duit sendiri ?

Saya difahamkan Dr Khair Toyo sendiri pernah menghantar sebanyak 400 ekor lembu korban di seluruh negeri Selangor semasa dia jadi MB dulu. Adakah Dr. Khair menggunakan duit sendiri ? Kalau 400 ekor X RM 1 500 = RM 600 000. Pak Lah menyampaikan lembu korban sebanyak 200 ekor di Kepala Batas, RM 1500 X 200 ekor = RM 300 000. Betul ke semua lembu-lembu tu Dr. Khair dan Pak Lah bagi ? atau menggunakan duit Kerajaan untuk rakyat ?. Kenapa sebelum ni tak de pun orang persoalkan ???

BACA ARTIKEL DI BAWAH NI ::::::


MAJLIS PENYERAHAN LEMBU-LEMBU KORBAN SEMPENA HARI RAYA AIDIL ADHA DI BAWAH PROGRAM MESRA RAKYAT DAN KERAJAAN PRIHATIN NEGERI SELANGOR TAHUN 2006

SHAH ALAM, 5 JAN. - Buat kali kelimanya, Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), sebuah syarikat Kerajaan Negeri Selangor, menganjurkan Majlis tahunan Penyerahan Lembu-lembu Korban Sempena Hari Raya Aidil Adha Di Bawah Program Mesra Rakyat dan Kerajaan Prihatin Negeri Selangor yang telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Mohamad Khir Bin Toyo, Dato’ Menteri Besar Selangor. Majlis kali ini telah dilaksanakan di Kompleks Belia Dan Kebudayaan Negeri Selangor, Seksyen 7, Shah Alam.

Sebanyak 359 ekor lembu telah disediakan oleh PNSB bagi diserahkan kepada seluruh masjid di negeri Selangor untuk dikorbankan sempena Hari Raya Aidil Adha yang jatuh pada 10 Januari 2006.

Majlis yang merupakan kesinambungan kepada majlis-majlis sejak tahun 2002 ini merupakan salah satu agenda Kerajaan Negeri Selangor di dalam usaha mempertingkatkan taraf hidup serta membela nasib rakyat termiskin menerusi pendekatan Mesra Rakyat dan Kerajaan Prihatin berkonsepkan
memberi tumpuan khusus kepada mengukuh dan mempertingkatkan kedudukan sosio-ekonomi masyarakat yang kurang bernasib baik dengan memberi sokongan secara sumbangan atau dengan cara melaksanakan program-program kebajikan.

Di Majlis sama yang julung-julung kali dianjurkan pada tahun 2002, sebanyak 70 ekor lembu korban telah diserahkan oleh PNSB kepada masjid-masjid yang telah ditetapkan di setiap daerah di negeri Selangor. Bagi memperkukuhkan sokongan kepada program ini, tahun berikutnya (2003) melihat PNSB memperuntukkan sebanyak 123 ekor lembu korban untuk diagihkan. Bagi tahun 2004 pula tambahan sebanyak 345 ekor lembu pula telah disediakan manakala sebanyak 346 ekor telah diperuntukkan untuk tahun 2005. Melalui kesemua majlis yang telah dianjurkan, acara penyerahan lembu-lembu korban telah dilaksanakan secara simbolik, iaitu dengan menyerahkan 9 ekor lembu korban kepada 9 daerah di negeri Selangor melalui Tuan Pegawai Daerah, ADUN, Ahli-Ahli Parlimen, Ketua-Ketua Bahagian UMNO serta Imam-imam Masjid di negeri Selangor. Walaubagaimanapun, majlis yang diadakan pada tahun 2005 telah diadakan secara serentak di 3 zon berasingan yang masing-masing mewakili 3 daerah.

Dif-dif kehormat yang turut hadir ke majlis di Shah Alam ialah Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor, Ahli-ahli Parlimen Negeri Selangor, Pegawai-Pegawai Daerah Negeri Selangor, Ketua-ketua Bahagian UMNO Selangor dan Ketua-ketua Jabatan Negeri Selangor .

Permodalan Negeri Selangor Berhad turut melibatkan diri dan memainkan peranan yang penting di dalam program-program amal yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri dan Badan Amal Kebajikan Isteri-isteri Selangor (BALKIS) dari masa ke semasa.

Comment

THERE ARE 0 COMMENTS FOR THIS POST

Post a Comment